Manusia Paling Bau Sedunia Tidak Mandi Selama 37 Tahun


Guru Kailash Singh has refused to wash for the past 37 years, despite the best efforts of his family

Biasanya orang mulai gatal-gatal dan bermasalah dengan bau badan jika seharian saja tidak mandi. Namun ada seorang pria yang tidak gatal sedikitpun meski tidak pernah mandi selama 37 tahun dan menjadi kandidat manusia paling bau sedunia.

Kailash Sigh, pria India berusia 65 tahun yang tinggal di kota suci Varanasi di tepi sungai Gangga terakhir kali mandi pada tahun 1974, tak lama setelah ia menikah. Sejak saat itu Singh juga tidak mencukur rambut gimbalnya yang panjangnya kini seudah melebihi tinggi badannya.

Saat ditanya alasannya, Singh mengaku tidak mandi agar suatu saat nanti bisa dikaruniai anak laki-laki. Ayah dari 7 anak yang seluruhnya perempuan ini berkeyakinan, jika ia konsisten tidak mandi maka suatu saat istrinya akan mengandung anak laki-laki.


Guru Kailash Singh outside his house with wife Kalavati Devi, 60; his daughters Pooja Singh, 16, Neetu Singh, 25, and Baby Singh, 35; and grandchildren, Shradha Singh 8 months, and grandson Mohit Singh, 12


Mr Singh has a fire bath every evening, which he insists cleanses him

Sementara itu istrinya, Kalavati Devi yang berusia 60 tahun juga tidak habis pikir dengan pola pikir suaminya. Devi sering mengancam tidak mau tidur seranjang jika Singh tidak mandi, namun ancaman itu tidak digubris sehingga Devi akhirnya menyerah.



Bisa dibayangkan bagaimana bau badan Singh yang sehari-hari bekerja di ladang di bawah terik matahari bersuhu 47 derajat celcius. Satu-satunya cara Singh membersihkan badan hanyalah dengan ritual mandi api yakni menari di sekitar api unggun tiap malam sambil berdoa.

"Kami sering berusaha memandikannya secara paksa, tapi ia selalu berontak kemudian lari. Katanya ia pilih mati daripada harus mandi. Pokoknya ia hanya akan mandi kalau sudah punya anak laki-laki," ungkap Devi seperti dikutip dari Dailymail, Jumat (24/6/2011).

Bukan hanya istrinya yang merasa terganggu, warga desa terutama anak-anak juga banyak yang mengolok-olok Singh. Setiap kali Singh melintas dengan sepedanya, anak-anak sering berlari mengikuti di belakangnya sambil meneriakkan ejekan seperti, "Tidak mandi! Tidak Mandi!"

Tidak seperti Devi dan warga desa yang lain, anak tertua Singh yakni Pooja justru bangga karena perilaku ayahnya tersebut membuatnya jadi populer di sekolahnya. Gadis 16 tahun tersebut mengaku banyak yang penasaran ingin bertemu dengan Singh sekedar untuk melihat secara langsung.



Mr Singhs wife, Kalavati Devi, threatened to stop sleeping with him if he didnt wash, but she gave in first

"Teman-teman selalu penasaran bagaimana ayahku bisa hidup bertahun-tahun tanpa mandi. Banyak dari mereka yang ingin melihatnya dengan mata kepala sendiri" kata Pooja.

Hingga kini belum ada rekor dunia yang resmi terkait bau badan seseorang. Namun dengan kebiasaan anehnya yang tidak pernah mandi dan mencukur rambut selama 37 tahun, Singh tampaknya sudah memenuhi syarat untuk menjadi kandidat manusia paling bau sedunia.
 
sumber

Rahmat Lesap RM6 000 Ditipu ‘Tuhan Harun’


VOKALIS kumpulan Mega iaitu Rahmat Tohak merupakan antara artis yang pernah diperdaya oleh individu yang dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ melalui satu skim pelaburan beberapa tahun lalu.

Rahmat, 44, yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan berkata, individu berkenan iaitu Harun Mat Saad, 47, memintanya melabur sebanyak RM6,000 sebagai modal permulaan untuk satu skim pelaburan selain menjanjikan akan mendapat keuntungan sebanyak RM30,000 dalam masa yang singkat.

“Selepas menunggu sehingga waktu yang dijanjikan, wang RM30,000 itu tidak saya terima manakala individu berkenaan pula melarikan diri. Akhirnya saya tahu yang saya sudah diperdaya,” katanya kepada mStar Online.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar pada Isnin menggesa pengikut Tuhan Harun agar menyerah diri kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu.

Harun, yang menggelar dirinya sebagai Tuhan Harun ketika ini berada dalam tahanan polis selepas gagal dalam ikat jamin melibatkan pelbagai kes penipuan selain menubuhkan kumpulan ajaran sesat.

Dia dipercayai berjaya mengumpul aset melalui urus niaga palsu yang dianggarkan bernilai RM200 juta pada tahun 2008.

Dalam pada itu Rahmat berkata, selain penipuan dalam bentuk pelaburan, individu berkenan juga berjaya memperdayakan beberapa artis ternama apabila tidak membayar upah mereka selepas mengadakan persembahan dalam Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati, Shah Alam pada April 2009.

Antara artis yang diperdayanya dalam konsert itu ialah Amy (Search), Mawi, Yantzen, Datuk Jamal Abdillah dan juga Datuk Ramli Sarip.

“Saya percaya ramai lagi artis yang pernah ditipu oleh Tuhan Harun ini tetapi mereka tidak mahu bersuara. Saya harap tindakan tegas dapat dilakukan kepada dia dan pengikut-pengikutnya,” kata Rahmat. – mStar

Zalimnya dia Lelaki 33 Tahun Bakar Hidup hidup Kekasihnya Ketika Bertengkar Hebat

posted by indah.com on 24 Jun 2012

 
IST
 

google_ad_client="ca-pub-7486139053367666";google_ad_slot="0197188100";google_ad_width=250;google_ad_height=250; src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js" type
Seorang lelaki yang tak disebutkan namanya berusia 33 tahun membakar kekasihnya yang berusia 22 tahun,Chan Yee Mun. Demikian laporan The Star, Sabtu (23/6/2012).

Petugas bomba segera datang ke apartmen di Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur,   setelah menerima panggilan kecemasan  Jumaat (22/6/2012) sekitar pukul 2.30 pagi. Ketika ditemui wanita malang ini mengalami luka parah, terbakar hingga 90 persen dan tak boleh lagi bergerak.

Dia segera dikejarkan ke  Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia . 
Polis  mengatakan, wanita itu dalam keadaan kritikal . Sementara itu,  kekasih yang memiliki warung, menderita luka terbakar di tangan dan lengan.
Seorang tetangga yang tak mau disebutkan namanya mengatakan dia terbangun  ketika mendengar suara riuh yang datang  dari apartmen pasangan itu. Pemandu  teksi itu segera datang dan melihat ada api. Dia  pun segera menelepon anggota bomba  dan polis .

"Mereka selalu bertengkar. Namun, ini untuk pertama kalinya insiden menyedihkan itu terjadi," katanya.
Cheras OCPD Asst Comm Mohan Singh mengatakan pihaknya kini menyiasat lelaki itu  atas insiden itu kerana dianggap melakukan percubaan membunuh berdasarkan UU Section 307 of the Penal Code.

Video Suami Belasah Isteri Depan Anak



Video di bawah ini semakin menjadi viral di laman Facebook selepas seorang individu dikenali sebagai Mohd Yunus AR memuat naik kandungan video tersebut dan mendakwa wanita yang dipukul dalam lif itu adalah kakak kandungnya.

Menerusi video itu dapat dilihat tidak semena-mena selepas masuk ke dalam lif, si suami terus membelasah isterinya dengan agak teruk di hadapan kedua-dua anak mereka.

Mungkin sebelum itu mereka sudah pun bertengkar dan kemudiannya suaminya mengambil kesempatan di dalam tempat tersembunyi untuk memukulnya isterinya itu.

Dayus sungguh!

Menurut Mohd Yunus, kakaknya sudah membuat laporan polis di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang berhubung insiden tersebut.

Namun, pihak polis dikatakan tidak mengambil sebarang tindakan kerana mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dikatakan ianya hanya masalah rumahtangga biasa.

Menurut sebuah blog, lelaki yang memukul isterinya itu bekerja sebagai doktor haiwan di Jerantut, Pahang.


Oleh: JULIANA JOHAR

LGE tuntut bukti ancaman terhadap keselamatan PM

 Malaysiakini
  • Susan Loone
  •  Feb 15 2013
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu BN menjelaskan cubaan ancaman terhadap keselamatan perdana menteri, kerana ini menjejaskan secara serius imej kerajaan negeri.

NONE"Sehingga kini, Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow tidak menarik
balik kenyataan beliau mengenai ancaman keselamatan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Lim (kiri) dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Keselamatan PM sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai ketua menteri Pulau Pinang, saya belum dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya.

"Malah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi tidak memberitahu saya tentang perkara ini. Jelas sekali, Teng mengarut, dan tidak bercakap benar bila beliau berkata nyawa PM diancam. "

Lim merujuk kepada laporan dalam akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily kelmarin, yang memetik Teng sebagai berkata terdapat satu cubaan terhadap keselamatan Najib semasa majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu.

Teng telah memberitahu akhbar tersebut bahawa Cawangan Khas polis menasihatkan Najib supaya beredar dari pentas lebih awal, semasa beliau menunggu artis sensasi Korea Selatan, Psy untuk mengaul yee sang bersamanya dan pemimpin BN lain di atas pentas.

teng chang yeow gerakan secretary generalSin Chew Daily juga memetik Teng (kiri) sebagai berkata bahawa
penyokong Pakatan Rakyat tertentu cuba mensabotaj majlis tersebut.

"Apabila perdana menteri beredar, seseorang melempar satu bungkus nasi ke penjuru pentas.

"Apabila anak perdana menteri, Jiping, hendak masuk ke dalam kereta, seseorang menyimbah satu botol air mineral, menyebabkan dia basah," Teng dipetik sebagai berkata dalam Sin Chew Daily.

Pada mulanya, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah disalahlapor oleh Sin Chew Daily. Bagaimanapun, Teng kemudiannya menarik balik kenyataannya itu, dengan mengatakan dia tersilap dengar soalan wartawan berkenaan.

Lim berkata Teng mesti menarik balik kenyataannya  yang "tidak bertanggungjawab" itu kerana sebagai pengerusi BN Pulau Pinang, beliau telah memberikan tanggapan buruk kepada negeri itu.

Pemegang konsesi AES bakal untung RM700 juta setahun Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR 14 OKT: Kementerian Pengangkutan digesa menggantung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana ia hanya memberi keuntungan kepada pemegang konsesi dan bakal membebankan rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan – ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapat balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.
“Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun,” kata Lim ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini

Memetik The Malaysian Insider, beliau berkata daripada skim pembayaran yang diberi kepada pemegang konsesi tersebut menunjukkan tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama untuk setiap lima juta saman pertama RM16 akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta.
Bagi peringkat kedua pembayaran sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus iaitu berjumlah RM270 juta dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama
Peringkat ketiga pula sejumlah 7 5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan

Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik dicatatkan lapan hari pertama sejak pelancaran AES, 23 September lalu dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan kerap berlaku kemalangan.

Selain keuntungan RM700 juta setahun terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera
“Adakah ia bernilai RM600 – RM800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722 000 – RM962 000 setiap kamera,” soal Lim lagi.
Justeru beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan menunaikan tanggungjawab umum dengan menjelaskan soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Wanita Ini Melamar Kekasihnya di Airport

 14 Mac 2013

Flash mob lamaran (Foto: Daily Mail)

Flash mob lamaran (Foto: Daily Mail)
OKLAHOMA – Seorang wanita menari flash mob menggunakan lagu Bruno Mars yang berjudul “Marry You” di lapangan terbang. Aksi uniknya ini dilakukannya untuk melamar kekasihnya yang baru kembali dari perjalanan dinasnya selama dua tahun.
 
Austin Spitler, terkejut ketika melihat teman-teman dan keluarganya melakukan tarian secara bersama-sama di Will Rogers World Airport, Oklahoma, Amerika Syarikat  .
 
Dia bahkan terkejut ketika kekasihnya, Brittany Jones, berlutut dan mengeluarkan cincin pertunangan, sambil mengatakan “Maukah kau menikah denganku?”.
 
"Aku mencintaimu. Maukah kau menikah denganku?," tanya Jones. Kemudian Spitler mengiyakan permintaan kekasihnya itu. Demikian diberitakan Daily Mail, Khamis (14/3/2013).
 
Rencana lamaran unik itu telah direncanakan beberapa hari yang lalu oleh Jones. Ia juga dibantu ibunya yang bekerja di untuk mempersiapkan acara tersebut.
 Southwest Airlines
Seperti diketahui, kedua pasangan ini telah berpisah, kerana Spitler harus melaksanakan misi gereja selama dua tahun dan mereka hanya berkomunikasi melalui email dan surat.

Pasangan bahagia ini berencana akan menikah pada April tahun ini di sebuah tempat di San Diego. Aksi lamaran unik ini telah disiarkan oleh Stesyen TV lokal, KFOR.