KECOH PENGAWAL KESELAMATAN TIDAK SENGAJA LEPAS TEMBAKAN DI BANK

GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan menimbulkan kekecohan di sebuah bank di Datuk Keramat di sini apabila dia secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari senapang pamnya, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu sedang bertugas di belakang kaunter bank dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau berkata, tembakan telah tersasar ke lantai dan tiada siapa yang cedera.

"Kami sedang menyiasat kes itu daripada semua aspek dan kita juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap latar belakang pengawal itu," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau menambah pengawal telah ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.

POLIS TAHAN PENGAWAL KESELAMATAN TERLEPAS TEMBAKAN DI GEORGE TOWN :

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.

"Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.

"Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. - BERNAMA

SUMBER

LGE tuntut bukti ancaman terhadap keselamatan PM

 Malaysiakini
  • Susan Loone
  •  Feb 15 2013
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu BN menjelaskan cubaan ancaman terhadap keselamatan perdana menteri, kerana ini menjejaskan secara serius imej kerajaan negeri.

NONE"Sehingga kini, Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow tidak menarik
balik kenyataan beliau mengenai ancaman keselamatan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Lim (kiri) dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Keselamatan PM sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai ketua menteri Pulau Pinang, saya belum dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya.

"Malah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi tidak memberitahu saya tentang perkara ini. Jelas sekali, Teng mengarut, dan tidak bercakap benar bila beliau berkata nyawa PM diancam. "

Lim merujuk kepada laporan dalam akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily kelmarin, yang memetik Teng sebagai berkata terdapat satu cubaan terhadap keselamatan Najib semasa majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu.

Teng telah memberitahu akhbar tersebut bahawa Cawangan Khas polis menasihatkan Najib supaya beredar dari pentas lebih awal, semasa beliau menunggu artis sensasi Korea Selatan, Psy untuk mengaul yee sang bersamanya dan pemimpin BN lain di atas pentas.

teng chang yeow gerakan secretary generalSin Chew Daily juga memetik Teng (kiri) sebagai berkata bahawa
penyokong Pakatan Rakyat tertentu cuba mensabotaj majlis tersebut.

"Apabila perdana menteri beredar, seseorang melempar satu bungkus nasi ke penjuru pentas.

"Apabila anak perdana menteri, Jiping, hendak masuk ke dalam kereta, seseorang menyimbah satu botol air mineral, menyebabkan dia basah," Teng dipetik sebagai berkata dalam Sin Chew Daily.

Pada mulanya, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah disalahlapor oleh Sin Chew Daily. Bagaimanapun, Teng kemudiannya menarik balik kenyataannya itu, dengan mengatakan dia tersilap dengar soalan wartawan berkenaan.

Lim berkata Teng mesti menarik balik kenyataannya  yang "tidak bertanggungjawab" itu kerana sebagai pengerusi BN Pulau Pinang, beliau telah memberikan tanggapan buruk kepada negeri itu.