Cara Menghitung Masa Subur Wanita

blog-apa-aja.blogspot.com 
Masa Subur Wanita Dan Bagaimana Cara Mengetahuinya - Cara Menghitung Masa Subur Wanita – Informasi tentang Cara Menghitung Masa Subur Wanita berikut ini mungkin berguna bagi anda para pasangan yang sedang berusaha mendapatkan momongan atau pun bagi anda pasangan yang sedang berencana menunda kehamilan atau menghindari kehamilan. Dengan mengetahui siklus masa subur istri, anda dapat menentukan kapan waktu terbaik untuk melakukan hubungan untuk dapat mencapai kehamilan. Begitu juga anda yang sedang menghindari kehamilan dengan cara alamiah, anda pun dapat mengetahui dan mengerti kapan waktu yang aman untuk berhubungan.
Masa subur sangat besar artinya bagi mereka yang menginginkan hamil dan bagi yang ingin menunda kehamilan. Bagi yang menginginkan kehamilan, masa subur bisa dijadikan patokan untuk melakukan hubungan seksual karena saat ini ovulasi sedang terjadi sehingga kemungkinan hamil sangat besar. Sedangkan bagi yang mau menunda kehamilan, masa subur merupakan masa yang harus dihindari untuk mencegah terjadinya kehamilan.
Cara Menghitung Masa Subur Wanita dengan menggunakan sistem kalender ada dua cara yaitu :
Bagi yang siklus haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Artinya masa subur berlangsung pada hari ke 13 sampai hari ke 15 sebelum tanggal haid yang akan datang.
Bagi yang siklus haidnya tidak teratur maka pertama tama harus dicatat panjang siklus haid sekurang kurangnya selama 6 siklus. Dari jumlah hari pada siklus terpanjang, dikurangi dengan 11 akan diperoleh hari subur terakhir dalam siklus haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada siklus terpendek dikurangi 18, diperoleh hari subur pertama dalam siklus haid tersebut. Misal : siklus terpanjang = 31, sedangkan siklus terpendek = 26, maka masa subur dapat dihitung, 31 – 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke 8 sampai hari ke 20.Itu tadi informasi Cara Menghitung Masa Subur Wanita agar anda dapat mengetahui masa subur pasangan anda. Cara ini dapat dilakukan jika anda mengalami Kesulitan Untuk Hamil. 
sumber

Institut Kanser Beroperasi Dalam Masa Sebulan


PUTRAJAYA – Bangunan Institut Kanser Negara (IKN) bernilai RM693 juta yang disiapkan dua minggu lebih awal, diserahkan kepada Kementerian Kesihatan pada Rabu, dan dijadual beroperasi dalam masa sebulan.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof secara simboliknya menyerahkan replika kunci bangunan itu yang merupakan projek di bawah selian Jabatan Kerja Raya( JKR) kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Penyerahan itu disaksikan Timbalan Menteri kedua-dua kementerian berkenaan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Pada sidang media kemudian, Dr Subramaniam berkata IKN yang dianugerahi Sijil Perakuan Siap (CPC) pada 16 Ogos (2013), akan beroperasi secara rasmi dalam masa sebulan lagi selepas pemasangan segala sistem moden dan berteknologi tinggi.

Beliau berkata bangunan IKN yang terletak berhampiran Hospital Putrajaya di Presint 7 di sini dilengkapi peralatan komprehensif, canggih dan terkini dalam rawatan serta pengurusan penyakit kanser.

“IKN akan menjadi pusat rujukan untuk rawatan kanser di negara ini. Institut ini akan mempunyai segala kemudahan moden yang diperlukan untuk merawat pesakit kanser,” katanya.

Dr Subramaniam berkata sebagai permulaan seramai 20 pakar kanser akan ditempatkan di IKN dengan 400 kakitangan.

Katanya institut itu akan menjadi pusat rujukan berprestij tinggi untuk rawatan kanser yang meliputi perkhidmatan rawatan dan penjagaan pesakit kanser, latihan, penyelidikan dan pencegahan.

Jelasnya, bangunan IKN yang melibatkan pembinaan Nuclear Waste Treatment System yang memenuhi piawaian antarabangsa bagi tujuan pengumpulan dan pembuangan sisa radioaktif yang lebih komprehensif itu dilengkapi 252 buah katil.

Selain itu IKN turut dilengkapi dengan Unit Rawatan Rapi, empat dewan bedah, Unit Rawatan Harian Onkologi dan Klinik Pesakit Luar yang merangkumi Klinik Onkologi, Klinik Perubatan Nuklear dan Klinik Multidisiplinari.

Menurutnya, IKN juga bakal mempunyai sistem ICT menyeluruh atau Total Hospital System (THIS) dengan elemen Sistem Maklumat Onkologi (OIS) yang pertama di negara ini, dan THIS dapat diintegrasikan secara dalam talian dengan dua buah hospital berhampiran iaitu Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk memudahkan pengurusan pesakit menerima rawatan.

Dr Subramaniam berkata ketika ini hanya empat hospital kerajaan menyediakan perkhidmatan rawatan kanser iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sultan Ismail (Johor), Hospital Likas (Sabah) dan Hospital Umum Sarawak.

Pembinaan IKN merupakan cetusan idea Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, isteri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004 yang meninggal dunia akibat kanser payudara setahun kemudian.

Kontraktor Kiara Teratai Sdn Bhd memulakan projek pembinaan IKN itu pada 1 Sept 2010. – BERNAMA