Guru Redah Sungai 12 Kilometer Ke Sekolah


KERALA, India – Seorang guru di India sanggup berenang meredah sungai sejauh 12 kilometer (km) setiap hari seawal pukul 9 pagi untuk ke sekolah di perkampungan Malappuram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Abdul Mallik yang telah menjadi guru sejak 20 tahun lalu itu akan meredah air sungai yang mencecah paras leher dengan bantuan sebuah tiub tayar di pinggangnya.

Ketika berenang merentasi sungai, semua kelengkapan seperti pakaian, kasut dan bekalan makanan Mallik akan disimpan di dalam satu beg plastik dan dijulang dengan sebelah tangan hingga dia tiba ke seberang.

Walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian dan perlu dilakukan guru berusia 40 tahun itu untuk ke sekolah setiap hari.

“Jika saya ke sekolah dengan menaiki bas ia mengambil masa selama tiga jam untuk perjalanan sejauh 12 kilometer.

“Jadi, berenang merentasi sungai adalah lebih mudah, cepat dan saya boleh tiba ke sekolah tepat pada masanya,” kata Mallik.

Menurut laporan media tempatan, Mallik akan menukar pakaian basahnya di belukar di tebing sungai dan meneruskan perjalanan menaiki bukit selama 10 minit untuk tiba ke sekolah.

Guru kerajaan seperti Mallik biasanya menerima gaji sebanyak Rs.25,000 (RM1,281). – Agensi

Kes Rogol Kambing ‘Mangsa’ Diheret Ke Mahkamah Hadiri Perbicaraan




NAIROBI (Kenya) – Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun.

Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.

Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.

Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing.

Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.

Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.

Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.

Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.

Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. – Agensi