| Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
Hadiah utama pertandingan ini adalah berupa wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.
17 tulisan lain akan diberikan hadiah saguhati berupa wang tunai bernilai RM100.
Berikut adalah maklumat penuh pertandingan ini.
Satu pertandingan menulis artikel berdasarkan ayat Al Quran yang berkaitan dengan tuntutan membentuk kerajaan yang adil.
Tujuan
1. Mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini.
2. Mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran
3. Mengajak rakyat agar berhujjah dengan al-Quran
Sekretariat penilai terdiri daripada Dewan Ulama PAS Pusat, Persatuan Ulama Malaysia dan penulis politik.
Al-Quran surah an-Nissa, 4:58 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah menyuruh Ente supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila Ente menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) Ente menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada Ente. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.
Menurut ayat di atas, buat satu tulisan, artikel, esei dan anda bakal memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.
Hadiah
1 X Pemenang Utama RM10,000
1 X Pemenang Kedua RM5,000
1 X Pemenang Ketiga RM3,000
17 X Hadiah Saguhati RM100
Syarat penyertaan